FlourisHER – Webinar Kesihatan Wanita PCOS
9 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 8 April 2025, telah berlangsung webinar kesihatan Wanita secara atas talian. Objektif pelaksanaan webinar bertajuk ‘Flourisher Webinar Kesihatan Wanita: Sindrom Ovari Polikistik (PCOS)’ adalah untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan, dan kefahaman wanita mengenai sindrom ovari polikistik serta kesannya terhadap kesihatan reproduktif, hormon, dan kualiti hidup secara keseluruhan.
Webinar ini bertujuan untuk menyediakan maklumat yang sahih dan berasaskan perubatan kepada peserta, di samping memberi sokongan emosi dan motivasi kepada wanita yang menghidap atau berisiko menghidap PCOS. Ia juga diharapkan dapat menggalakkan pengamalan gaya hidup sihat serta membantu peserta mengenali simptom awal dan pilihan rawatan yang sesuai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: